Home Ekonomi TNB mula periksa meter rumah pelanggan

TNB mula periksa meter rumah pelanggan

TNB
Pekerja-pekerja teknikal TNB sedang memeriksa meter di rumah pelanggan di Melaka hari ini.

KUALA LUMPUR- Pekerja teknikal Tenaga Nasional Bhd. (TNB) sedang melakukan kerja-kerja pemeriksaan meter di rumah para pelanggan yang menghadapi masalah bil tinggi di Melaka.

Syarikat utiliti dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kerja-kerja pemeriksaan meter itu adalah untuk membantu mereka merungkaikan pemasalahan mengenai bil tinggi.

“TNB menasihatkan pelanggan yang mungkin terkesan dengan kenaikan bil elektrik yang tinggi dari kebiasaan untuk  membuat laporan dan aduan ke Kedai Tenaga dan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 bagi memperinci dan mendapatkan penjelasan.

TNB

“Ia termasuklah membuat pemeriksaan meter di kediaman  atau premis masing-masing,” katanya.

Untuk rekod, hampir 100,000 rakyat negara ini telah menandatangani petisyen meminta kerajaan mengkaji semula meter digital yang digunakan oleh TNB berikutan kiraannya terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Mereka menyifatkan, dengan meter baharu yang dinamakan sebagai ‘Meter Pintar’ itu, caj penggunaan elektrik bagi setiap pengguna naik mendadak sehingga dua kali ganda dari kadar sebelum ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITA

Pengguna desak kerajaan kaji semula meter pintar TNB

TERKINI : TNB Tubuh Pasukan ‘KHAS’ – Amir Hamzah

Wujud kecuaian teknikal TNB kenakan caj bil elektrik tinggi – Bee Yin