
KUALA LUMPUR- Malaysia mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh negara ialah pada hari Rabu bersamaan 5 Jun 2019.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan raja-raja berkenan dengan tarikh itu bersamaan bagi tahun Islam 1440 Hijriah.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5hb Jun 2019,” kata kenyataan yang dikeluarkan pukul 8.10 malam tadi.- MalaysiaGazette