KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia yang didagangkan separuh hari, meneruskan penurunan untuk mengakhiri sesi dagangan lebih rendah disebabkan terutamanya oleh minat yang lemah terutamanya dalam kaunter berkaitan indeks telekomunikasi.
Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 11.22 mata lebih rendah pada 1,644.09, daripada 1,655.31 penutup Isnin.
Indeks itu bergerak antara 1,644.09 dan 1,655.89 sepanjang sesi pagi. – BERNAMA