KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan menjemput orang ramai ke majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan di rumah mereka di Kampung Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan pada 15 Jun ini.
Majlis itu akan berlangsung mulai 9 pagi hingga 5 petang.
“Saya dan isteri serta keluarga, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Muslimin dan Muslimat, Maaf Zahir dan Batin,” kata Timbalan Presiden UMNO itu dalam hantaran di Facebook.
Beliau turut melahirkan harapan agar Hari Raya ini dapat mengeratkan siratulrahim dan saling bermaafan. – MalaysiaGazette