Home Politik Isu pelantikan Latheefa ke Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan – Saifuddin

Isu pelantikan Latheefa ke Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan – Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. foto AFFAN FAUZI, 23 MEI 2019
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. foto AFFAN FAUZI, 23 MEI 2019

PUTRAJAYA – Isu pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dirujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan memanggil mesyuarat Majlis PH yang dijadual setiap Rabu untuk membincangkan isu tersebut.

‘Kami akan panggil untuk mesyuarat PH, saya belum dapat sebarang arahan daripada Datuk Seri Anwar selaku Presiden PKR.

“Yang pasti isu ini pasti akan dibangkitkan untuk perbincangan lanjut,” katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kediaman Rasmi PM di Seri Perdana Presint 10, di sini.

Sebelum itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu juga mengesahkan satu email diterima oleh pejabat PKR yang ditujukan kepada presiden parti itu.

“Sekadar status semalam, nama dia masih dalam sistem senarai keahlian parti kami. Namun kakitangan saya dapat mengesan ada penghantaran email (Latheefa) kepada presiden parti (Anwar) pada 3 Mei lalu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim baru balik umrah dan belum membaca emel tersebut.Buat masa ini saya terima email itu dan mngesahkan Latheefah, meninggalkan parti berkuatkuasa serta merta maka tidak lagi dianggap ahli parti PKR,” ujarnya.

Beliau juga mengulangi pendirian PH dalam manifesto Pakatan Harapan yang mahu menjadikan SPRM institusi yang mana pelantikan jawatan utama itu supaya melalui Jawatankuasa Pemilihan Parlimen. – MalaysiaGazette