Home Pendapat Raya adalah hari untuk bergembira, tiada ruang untuk berpolitik

Raya adalah hari untuk bergembira, tiada ruang untuk berpolitik

Empat sekawan membuat abjad RAYA menggunakan bunga api sempena menyambut malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.

BULAN Ramadan Al – Mubarak sudah pun sampai ke
penghujungnya kini Syawal ataupun sambutan hari raya
Aidilfitri menjelang tiba. Rata – rata ramai umat Islam
khususnya yang berada dalam negara kita sudah pun
memulakan perjalanan masing – masing untuk pulang ke
kampung halaman bagi menziarah kaum keluarga serta
sahabat handai. Salah satu keunikan yang ada setiap kali
munculnya sambutan hari raya Aidilfitri ialah ia dapat
memberi banyak ruang dan peluang kepada semua pihak
untuk berehat sambil menziarah sanak saudara serta
kenalan yang sudah lama tidak dikunjungi serta untuk
ditanya khabar berita.

Sambutan hari raya Aidilfitri merupakan sambutan bagi
meraikan kejayaan bagi orang – orang yang telah
melaksanakan ibadah yang dituntut sepanjang bulan
Ramadan Al – Mubarak yang lalu iaitu ibadah berpuasa
daripada makan dan minum dari terbitnya fajar sehingga
terbenamnya matahari serta menahan diri daripada
melakukan sebarang perkara yang boleh mengurangkan
serta membatalkan terus ibadah berpuasa. Setelah berpenat
lelah melakukan segala amal ibadah yang dituntut
sepanjang bulan Ramadan Al – Mubarak yang lalu, kita telah
dikurniakan oleh Allah SWT dengan sebuah sambutan bagimeraikan kejayaan yang telah dikecapi pada bulan
Ramadan Al – Mubarak yang lalu iaitu dengan menyambut
hari raya Aidilfitri.

Umat Islam perlu menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri
ini dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan.
Namun, cara umat Islam menyambut kesyukuran dan
kegembiraan ini sudah pasti berbeza dari cara orang –
orang bukan Islam dalam menyambut perayaan mereka.
Umat Islam ada adab sopan dan peraturan tertentu yang
perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari – hari yang
lain.

Dalam kita menyambut kedatangan 1 Syawal, umat
Islam diminta mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan
oleh Allah SWT kepada mereka serta mengamalkan sikap
yang berserderhana dalam menyambut Aidilfitri.
Umat Islam juga disaran mengisi hari lebaran terbabit
dengan perkara – perkara yang boleh mendatangkan faedah
dan manfaat kepada diri mereka serta kepada orang
sekeliling.

Umat Islam tidak boleh mengisi masa yang
berharga dihari lebaran ini dengan perkara yang sia – sia
serta dengan perkara yang boleh membawa kepada
pergaduhan dan permusuhan antara satu sama lain. Hari
raya Aidilfitri adalah hari untuk umat Islam saling bertemu
serta untuk saling bermaaf – maafan dan yang paling utama
untuk menjalin hubungan silaturrahim yang telah terputus.
Segala kebaikan yang boleh dibawa melalui kedatangan
sambutan hari raya Aidilfitri ini tidak dapat dilakukan dengan
jayanya sekiranya kita membawa isu – isu atau perkara
yang tidak membawa faedah serta perkara yang boleh
mencetuskan konflik dalam menyambut hari lebaran
terbabit.

Antara isu atau perkara yang boleh membawa kepada
masalah kepada perhubungan sesama kita ialah isu atau perkara yang membabitkan soal politik. Tidak dapat
dinafikan, negara kita telah menyaksikan perubahan drastik
terhadap landskap politiknya semenjak tamatnya proses
Pilihanraya Umum Kali Ke – 14 (PRU14) pada tahun yang
lalu. Perubahan landskap politik dalam negara kita semenjak
negara kita mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957
sudah pasti mengundang rasa terkejut serta kekok kepada
ramai pihak khususnya pada pihak yang sudah biasa
dengan keadaan politik lama selama ini. Oleh sebab itu, isu
atau perkara yang melibatkan politik ini boleh menjadi satu
isu sensitif yang perlu dikawal dengan sebaik – baiknya oleh
kita semua.

Jika isu atau perkara yang berkaitan dengan politik ini
menjadi bahan perbincangan utama ketika kita melakukan
proses ziarah menziarah ketika menyambut hari raya
Aidilfitri, adalah dibimbangi ia boleh mengundang kepada
perasaan kurang senang serta boleh juga menjerumus
kepada perkara yang tidak diingini. Tidak kira semenarik
mana pun cerita politik yang dilemparkan terhadap kita
melalui media massa, fokus terhadap isu atau perkara yang
melibatkan politik harus lah dielakkan bagi membendung
sebarang perasaan tidak puas hati mana – mana pihak.
Perlu diketahui, setiap orang mempunyai pendapat serta
pemikiran masing – masing mengenai segala isu politik
semasa yang berlaku sekitar kita. Sekiranya sebarang
percakapan tidak dikawal dengan sebaiknya, ia boleh
mengundang perasaan marah, tidak puas hati hingga boleh
membawa kepada pergaduhan dan konflik berpanjangan
antara keluarga serta sahabat handai. Secara tidak
langsung ia juga boleh memberi contoh yang tidak baik
kepada generasi muda yang ingin menyambut hari raya
Aidilfitri dengan suasana penuh kesyukuran dan
kegembiraan. Sekiranya ini berlaku, maka segala sia – sia
lah segala amal ibadah yang telah dibuat sepanjang bulan

Ramadan Al – Mubarak yang lalu serta sambutan hari raya
Aidilfitri yang dinanti – nantikan selama ini.
Kita perlu gunakan segala ruang dan peluang yang ada
sempena sambutan hari raya Aidilfitri untuk bertanya khabar
berita dan bercerita mengenai isu – isu yang dapat lebih
memberi manfaat serta yang dapat mengukuhkan hubungan
kekeluargaan dan persabahatan bukannya sibuk
membicarakan hal – hal politik yang boleh mengundang
risiko kepada perbalahan dan konflik sesama kita.

Photo_Muzaffar Syah Mallow (7)Artikel oleh Dr. Muzaffar Syah Mallow, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)