Home Dunia Bayi maut selepas 16 jam dalam kereta

Bayi maut selepas 16 jam dalam kereta

Bayi yang sepatutnya meraikan ulang tahun kelahiran pertamanya minggu ini meninggal dunia takibat kepanasan seleps ditinggalkan dalam kereta ibu bapa selama 16 jam.- Foto Credit: CNN

MISSISSIPPI – Keterujaan sebuah keluarga di Calverton Park, St Louis untuk bersiap sedia meraikan ulang tahun kelahiran pertama bayi perempuan mereka berakhir dengan kejutan tragis.

Segala perancangan gembira itu bertukar menjadi upacara pengkebumian apabila bayi itu meninggal dunia dalam kereta.

Dalam kejadian semalam, bayi perempuan itu dipercayai mati selepas ditinggalkan dalam kereta dengan suhu kepanasan 35 selsius selama 16 jam oleh ibu bapanya.

Polis dikejarkan ke lokasi selepas bayi bernama Joseline Eichelberger ditemui awam dalam kereta di tempat letak kereta di Missouri.

Nenek bayi malang itu berkata, beliau meninggalkan cucunya secara tidak sengaja dalam kereta di Calverton Park.

“Ibu bapanya sangkakan ahli keluarganya yang lain sudah membawa bayinya keluar.

“Tiada sesiapapun sengaja melakukan perbuatan itu,” kata LIlly Belfield.

Ibu bapa bayi malang itu dalam keadaan trauma akibat kejadian yang menimpa anak kesayangan mereka.

Polis mengesahkan bayi itu terperangkap di dalam kereta antara 15 hingga 16 jam.

Du individu yang berkait dengan bayi itu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan insiden itu.

Bagaimanapun tidak ada sebarang tangkapan dibuat polis buat masa sekarang.- MalaysiaGazette