Home Dunia Pelajar proses dadah di kampus ditahan polis

Pelajar proses dadah di kampus ditahan polis

PHOENIX – Polis di sebuah bandar kecil di sempadan Amerika Syarikat (AS) – Mexico berkata tiga pelajar ditahan kerana memproses pil fentanyl di kampus, termasuk salah seorang daripadanya memiliki 3,000 pil.

Polis San Luis, Arizona brrkata, Noemi Hernandes-Madrigal,18, memiliki tiga beg plastik yang mengandungi 3,200 pil fentanyl berwarna biru. Pil tersebut dianggarkan bernilai AS$48,000 di pasaran, lapor AP.

Hernandes-Madrigal dan pelajar terbabit, Alessandra Cardenas-Hernandes, 18, berhadapan dengan beberapa pertuduhan membabitkan dadah dan beliau ditahan tanpa diikat jamin. Seorang budak lelaki berusia 16 tahun turut ditahan namun identitinya tidak didedahkan. Pelajar tersebut tidak diwakili peguam yang boleh membuat ulasan bagi pihak mereka.

Leftenan Marco Santana berkata, polis percaya Hernandez-Madrigal merancang menjual dadah yang menjadi semakin popular sebagai alternatif kepada dadah lain seperti heroin.

Setiap pl terbut dijual pada harga antara AS$10 hingga AS$15.

Krisis dadah telah mencengkam komuniti di seluruh AS.

Kira-kira dua tahun lalu, sebelum penangkapan pelajar tersebut, Gabenor Arizona, Doug Ducey menandatangani pengisytiharan bagi mengajukan masalah peningkatan kematian akibat mengambil dadah secara berlebihan.

Negeri itu telah mengambil beberapa langkah termasuk melatih pegawai di seluruh negeri menggunakan penyembur bagi menghalang kematian ke atas mereka yang mengambil dadah secara berlebihan. – Agensi