Home Seni Hidup Alyah sedia ditanya soalan ‘setajam pisau’

Alyah sedia ditanya soalan ‘setajam pisau’

KUALA LUMPUR – Soalan sudah kahwin atau belum, bila lagi hendak berbadan dua pasti yang akan kerap sekali diajukan di Aidilfitri ini.

Mendirikan rumah tangga enam tahun namun belum dikurniakan cahaya mata, Alyah sentiasa bersedia dengan soalan-sialan yang disifatkannya seperti pisau yang menusuk itu.

Malah pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa atau nama sebenarnya Datin Noor Hasliah Abu Hasan yakin akan kekal tenang berhadapan dengan saudara mara yang bertanyakan tentang anak kepadanya.

“Apabila ada orang yang tanya, saya akan okey sahaja dan tidak pun ada rasa marah. Lagipun saya jenis yang tidak akan mengelak untuk ditanya sebarang soalan.

“Walaupun soalan yang ditanyakan itu seperti ditusuk pisau, saya tidak akan lari kerana sejak dahulu lagi saya sudah diajar oleh keluarga supaya berani menghadapinya,”katanya.

Tempoh perkahwinannya bersama pemuzik Datuk Ramli MS tambah Aliyah banyak mematangkannya dan kekal tenang berhadapan apa juga situasi.

“Sudah enam tahun berkahwin dan saya pun memang dah lali dengan pertanyaan sebegitu. Sepanjang bergelar artis ini juga ia banyak mengajar saya untuk belajar menghadapi dugaan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette