Home Dunia Iran tidak berhasrat tinggalkan OPEC

Iran tidak berhasrat tinggalkan OPEC

Bijan Zanganeh. foto Reuters

GENEVA – Iran tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), kata Menteri Minyak, Bijan Zanganeh.

“Iran tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan OPEC … dan menyesal beberapa ahli OPEC telah menjadikan organisasi ini sebagai forum politik untuk melakukan konfrontasi dua anggota OPEC, yang dimaksudkan Iran dan Venezuela.

“Dan dua negara serantau menunjukkan permusuhan terhadap kami dalam organisasi ini. Kami bukan musuh mereka tetapi mereka menunjukkan permusuhan terhadap kami … dan (mereka) menggunakan minyak sebagai senjata melawan kita di pasaran global dan dunia,” kata Bijan Zanganeh, Menteri Minyak Iran.

Zanganeh tidak namakan kedua-dua negara.

Jumaat lalu, Presiden Donald Trump menambah kumpulan syarikat petrokimia terbesar Iran dalam senarai sekatannya dan menuduh firma itu menyokong Tentera Revolusi Iran.

Washington berkata langkah itu bertujuan untuk menggugat pendapatan kepada pasukan tentera elit Iran.

Pentadbiran Trump sedang berusaha untuk meningkatkan tekanan ekonomi dan ketenteraan terhadap Iran kerana program nuklear dan peluru berpandu serta sokongannya terhadap kumpulan proksi di Syria, Iraq, Lebanon dan Yaman. – MalaysiaGazette