Home Dunia 16 tahun mencari akhirnya pembunuh kejam dicekup

16 tahun mencari akhirnya pembunuh kejam dicekup

Suspek kes bunuh paling di kehendaki di UK Christopher Guest berjay dicekup polis dalam satu operasi bersepadu dengan kerjasma polis Malta Khamis lalu.

UNITED KINGDOM – Salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki di Eropah dalam kes bunuh akhirnya berjaya ditahan polis.

Suspek yang menyembunyikan diri selama 16 tahun ditangkap di Malta.

Christopher Guest More Jr, 41 meninggalkan United Kingdom selepas menyeksa dan memukul seorang lelaki, Brian Waters hingga mati.

Suspek melakukan pembunuhan itu dihadapan dua anak mangsa pada tahun 2003.

Suspek dikatakan melawat ladang Waters di Knutsford di Cheshire untuk melangsaikan hutang dadah.

Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom berjaya menahan suspek dengan kerjasama pihak berkuasa Malta di Malta pada malam Khamis lalu.

Tiga lagi suspek kes bunuh berkenaan iaitu John Wilson, 69, James Raven, 60 dan Otis Matthews, 41 sedang menjalani penjara seumur hidup selepas disabitkan dalam kes bunuh itu.

Kesemua mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di kediaman Waters yang beralamat di Ladang Burnt House di Tabley 19 Jun 2003.

Waters terlibat menguruskan ladang Kanabis.

Waters diikat pada kerusi sebelum dipukul dan diserang dengan pistol sebelum diseksa secara seksual menggunakan batang besi selama 3 jam oleh suspek.

Sebanyak 123 kecederaan ditemui pada badan simati.

Anak mendiang Gavin turut dipukul, selain anak perempuannya Natalie 21 ketika itu diacukan pistol oleh suspek semasa kejadian.

Pengurus NCA, Graham Roberts berkata, selepas 16 tahun , usaha polis tidak sia-sia apabila suspek dikehendaki itu berjaya di tahan di Malta.

“Suspek akan dibawa pulang untuk didakwa di mahkamah Britain.

Tangkapan ini memberi isyarat kepada para penjenayah dikehendaki yang masih bebas di luar bahawa polis tidak pernah  berputus asa dalam mengesan suspek-suspek jenayah berat,” katanya.- MalaysiaGazette