Home Dunia Aktiviti tunggang gajah di Angkor Wat dihentikan pada 2020

Aktiviti tunggang gajah di Angkor Wat dihentikan pada 2020

Kemboja akan menghentikan aktiviti pelancong tunggangan gajah di Angkor Wat demi survival spesis terancam itu mulai 2020

SIEM REAP – Aktviti menunggang gajah yang menjadi rutin pelancong ke Angkor Wat bakal berakhir tidak lama lagi.

Menjelang 2020, Kemboja akan menghentikan sepenuhnya aktiviti menunggang gajah.

Sebanyak 14 ekor gajah yang selama ini dipaksa melakukan aksi-aksi membahayakan yang menghiburkan pelancong akan ditamatkan tahun depan.

Haiwan tersebut dipaksa bekerja untuk 2.5 juta pelancong di Angkor Wat setiap tahun yang akhirnya mendapat perhatian badan perlindungan hidupan liar.

Kesemua gajah berkenaan akan dipindahkan ke pusat konservasi menjelang awal 2020, jawatankuasa Kumpulan Gajah Angkor mengesahkan maklumat itu.

Pada 2016, seekor gajah mati ketika membawa pelancong ke monumen bersejarah itu.

Dua tahun kemudian, petisyen menghentikan aktiviti tunggangan gajah dengan lebih 14,000 tandatangan dalam masa 48 jam dikumpul selepas seekor lagi gajah mati ketika itu.

Pengarah Jawatankuasa Kumpulan Gajah Angkor berkata, pada awal 2020, pihaknya akan menghentikan penggunaan gajah bagi membawa pelancong.

Katanya, pelancong masih berpeluang melihat gajah dan mengambil gambar di pusat konservasi kerana pihaknya mahu gajah terus hidup secara semulajadi tanpa ancaman.

“Kumpulan aktivis binatang bergerak yang mencetuskan kesedaran terhadap sebarang bentuk penindasan di sebalik tunggangan gajah menyambut baik rancangan tersebut sebagai satu langkah terbaik selamatkan gajah daripada didera.

“Tiada lagi pelancong yang sanggup membayar dan melihat gajah berantai besar pada kaki dan badan serta tunggangan gajah.

“Kita perlu mengharamkan tunggangan gajah sekiranya pelancong menyokong usaha kami menlindungi binatang terancam,” katanya.

Kira-kira 500 ekor gajah dikatakan hidup di pergunungan Cardamom di Kemboja dan 70 ekor gajah dikatakan digunakan untuk aktiviti pelancongan.

Bilangan gajah di Kemboja dan Asia Tenggara menurun ekoran aktiviti pemburuan dan selain konflik antara binatang itu dan manusia, kata kajian terbaharu.

Kerajaan Kemboja juga memaklumkan negara itu bekerjasama dengan organisasi berkaitan untuk mencari kaedah strategik melindungi dan memulihara gajah di Kemboja untuk generasi akan datang. – Agensi

+ posts