Home Ekonomi Kurma sasar 1,600 jemaah umrah musim baharu

Kurma sasar 1,600 jemaah umrah musim baharu

Pengasas Kurma, Dr Fathir Al-Haddad

SHAH ALAM – Kurma Travel & Tour Sdn. Bhd. (Kurma) yakin dapat membawa lebih 1,600 jemaah umrah bermula musim baharu pada September ini.

Pengasas Kurma, Dr Fathir Al-Haddad berkata, jumlah itu merupakan peningkatan dua kali ganda jemaah yang dibawa musim sebelum ini.

Jelas beliau, bagi menjamin kualiti dan keselesaan jemaah, setiap pakej yang ditawarkan terhad kepada 40 jemaah untuk setiap kunjungan.

“Sejak beroperasi lima tahun ini, pelanggan Kurma terdiri daripada semua lapisan masyarakat daripada pelbagai negeri di seluruh negara.

“Sempena ulang tahun syarikat, sempena musim umrah baharu nanti, kami memperkenalkan aktiviti baharu iaitu ‘Desert Safari’ di Mekah apabila jemaah berpeluang menikmati suasana padang pasir sambil mendengar sirah Rasulullah dan bermunajat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabat di sini baru-baru ini.

Kurma yang merupakan peneraju penyedia pakej muslim kini menyediakan pakej umrah serendah RM4,990 hingga RM7,990.

Ia ditubuhkan lima tahun lalu dengan teras perniagaan sebagai agensi umrah dengan menyediakan pakej selesa kerana menawarkan jarak antara hotel dan Masjidil Haram yang berdekatan bagi memudahkan para jemaah khususnya warga emas mengerjakan ibadah umrah.

Hotel Al Maqam dan Al Multazem merupakan antara hotel yang menjadi pilihan kerana jaraknya yang hanya 70 meter dari Masjidil Haram.

Selain umrah, Kurma turut mengendalikan pakej percutian ke bali, Indonesia. Istanbul di Turki, Perth di Australia, Krabi di Thailand, Shanghai di China dan Ho Chi Ming di Vietnam.

Sementara itu, Fathir memberitahu, Kurma telah kerjasama dengan Koperasi Muslimin Malaysia Bhd bagi memudahkan kakitangan kerajaan atau ahlinya mendapatkan pinjaman sehingga RM70,000 untuk menunaikan umrah atau haji.

Menurut beliau, berkata perkhidmatan pinjaman berkenaan memberi peluang kepada kakitangan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan mengerjakan umrah atau haji terlebih dahulu tanpa perlu membayar kos penuh.

Jelasnya, skim yang jatuh di bawah hukum harus itu mampu mengurangkan beban umat Islam yang mahu menunaikan ibadah berkenaan.

“Kebanyakan agensi tawarkan pakej umrah atau haji tetapi perlu melunaskan bayaran penuh terlebih dahulu. Ini membuatkan ramai umat Islam yang berkeinginan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak mampu untuk mengerjakannya.

“Menerusi skim ini, bakal jemaah Kurma dapat mengerjakan umrah terlebih dahulu dan bayar kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, mereka yang berminat mengetahui maklumat lanjut mengenai promosi yang dianjurkan Kurma boleh menghubungi talian Whatsap di +60143379204. – MalaysiaGazette