Home Dunia Peserta ‘jaket kuning’ terus bertempur dengan polis

Peserta ‘jaket kuning’ terus bertempur dengan polis

Polis melepaskan tembakan air untuk menyuraikan peserta 'jaket kuning' yang melakukan demonstrasi di Paris. foto Agensi

PARIS – Pertempuran kecil berlaku ketika peserta penunjuk perasaan ‘jaket kuning’ mengadakan demonstrasi hujung minggu untuk minggu ke 30 berturut-turut, meskipun jumlah penunjuk perasaan semakin berkurangan.

Televisyen Perancis menunjukkan beberapa penunjuk perasaan membuang objek pada van polis di Drancy, sebuah bandar pinggiran bandar berhampiran Paris utara, manakala polis juga menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan di bandar selatan Montpellier.

Bandar Dijon, di pusat Perancis, juga menyaksikan pertembungan ganas.

Polis tempatan berkata, tingkap di beberapa kedai di pusat bandar itu pecah dan polis anti-rusuhan cedera terkena batu.

Dianggarkan seramai 10,300 peserta penunjuk perasaan terlibat dalam demonstrasi tersebut di seluruh negara, meningkat berbanding 9,500 orang minggu lalu.

Namun, jumlah itu masih jauh dibandingkan pada kemuncak tunjuk perasaan pada bulan November dan Disember yang mencecah 300,000 orang hingga mencetuskan keganasan dan vandalism di Paris.

Kumpulan itu dipanggil ‘jaket kuning’ kerana jaket warna itu digunakan oleh pemandu Perancis digunakan oleh penunjuk perasaan pada bulan November lalu.

Demonstrasi itu berlaku susulan kemarahan rakyat Perancis terhadap kenaikan cukai bahan api tetapi bilangan penunjuk perasaan telah beransur-ansur jatuh akibat langkah-langkah yang diambil oleh Presiden Emmanuel Macron untuk meredakan kemarahan orang ramai, seperti pemotongan cukai untuk meningkatkan kuasa beli pengguna. – MalaysiaGazette