Home Nasional 207 kematian dicatat pada hari ke-12 Op Selamat 15/2019

207 kematian dicatat pada hari ke-12 Op Selamat 15/2019

Penunggang motosikal dan pembonceng menyumhang angka tertinggi kemalangan maut dalam Op Selamat CNY 2020 memasuki hari kelima sehingga semalam.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sekurang-kurangnya 207 angka kematian dicatat sepanjang Op Selamat 15/2019 sempena sambutan Aidilfitri yang dilancarkan sejak 29 Mei lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, jumlah tersebut merupakan rekod yang dicatat pada hari ke-12 Op selamat dilaksanakan.

Beliau berkata, mengikut laporan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), sebanyak 19,515 kemalangan dicatatkan telah berlaku di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, negeri Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 37 kes, diikuti Johor (32), Perak (19), Pahang (17), Kedah dan Sabah (16), Sarawak dan Kelantan (14), Negeri Sembilan dan Terengganu (9), Pulau Pinang (7), Kuala Lumpur dan Melaka (6) serta Perlis (5).

“Sebanyak 27,646 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan 193 daripadanya merupakan kemalangan maut.

“Statistik turut menunjukkan, sejumlah 266,294 saman dikeluarkan daripada 3,544 operasi yang telah dijalankan seluruh negara setakat semalam,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas berhubung kejadian jenayah kes pecah rumah, Asmawati berkata, sebanyak 573 kes dilapor berlaku di seluruh negara dan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 142 kes diikuti Sabah dengan 58 kes.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebelum ini dilapor berkata, polis memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama dalam Op Selamat 15/2019 bermula 29 Mei hingga 12 Jun ini.

Enam kesalahan yang menjadi tumpuan adalah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. – MalaysiaGazette