PORTUGAL – Presiden Benfica Luis Vieira akhir menyerah kalah dan akur bahawa Joao Felix akan meninggalkan kelab musim ini.
Felix setakat ini menjaringkan 15 gol dan menghasilkan tujuh bantuan gol untuk kelab sepanjang musim ini.
Dia menjadi buruan utama Manchester United yang bersedia mengeluarkan dana besar lebih 100 juta pound untuk mendapatkan khidmatnya.
Benfica menetapkan klausa pelepasan 106 juta pound untuk pemain berusia 19 tahun itu.
Sebelum ini kelab itu enggan melayan sebarang tawaran dari mana-mana kelab Eropah.
Namun, Ole Gunnar Solskjaer yang serius dan mahu berunding untuk mendapatkan pemain tersebut tidak mampu menghalang kelab itu.
Benfica akhirnya akur bahawa keadaan sudah tidak terkawal apabila kelab bersedia menerima hakikat tanpa Felix jika kelab yang berminat bersetuju dengan syarat yang diberi dan nilai pelepasannya.
“Saya duduk berbincang dengan pemain dan mereka memaklumkan tidak mahu dipaksa duduk dalam kelab ini.
“Felix ada klausa pelepasan 53 juta pound dan kami sedar selepas dua tiga perlawanan perlu meningkatkan nilai itu kepada 106 juta pound,” katanya.
“Namun, Felix dan keluarganya yang sebenarnya bakal menentukan sama ada pemain itu akan kekal di sini atau sebaliknya.
“Kami sedaya upaya mencuba untuk pastikan dia kekal di kelab jadi kalau dia dijualpun kami harapkan dia dipinjamkan semula ke kelab ini untuk semusim lagi,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette