Home Ekonomi Bursa dibuka tinggi

Bursa dibuka tinggi

Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, meneruskan momentum menaik dengan sentimen positif di pasaran.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.21 mata pada 1,653.54 daripada 1,649.33 penutup Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.60 mata lebih baik pada 1,651.93.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 206 berbanding 54 dengan 121 tidak berubah, manakala 1,509 tidak diniagakan dan 28 digantung.

Sejumlah 104.91 juta saham bertukar tangan bernilai RM48.64 juta.

Rintangan FBM KLCI berada pada paras 1,657 dan 1,664, manakala sokongan berada pada 1,644 dan 1,639.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM9.02, Public Bank dan Tenaga meningkat lapan sen setiap satu masing-masing kepada RM23.50 dan RM12.86, CIMB naik tiga sen kepada RM5.31 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.40.

Daripada saham yang didagangkan secara aktif, Ekovest melonjak dua sen kepada 81 sen, SinoHua-An International meningkat satu sen kepada 18.5 sen, AirAsia X naik setengah sen kepada 24.5 sen, Impiana Hotels berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen manakala IRIS Corporation tidak berubah pada 15.5 sen. – MalaysiaGazette

+ posts