SINGAPURA – Harga minyak mentah naik dalam dagangan hari ini selepas Arab Saudi memaklumkan OPEC dan Rusia akan terus mengekalkan pengeluaran sedia ada, selain penangguhan pelaksnaan tarif ke atas Mexico oleh Amerika Syarikat yang boleh merosakkan ekonomi global.
Niaga hadapan Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak diniagakan pada AS$63.71 pada 0017 GMT, naik AS$0.42 setong, lebih tinggi berbanding penutup hari Jumaat.
West Texas Intermediate pula didagangkan pada AS$54.43 setong, naik AS$0.44.
Para pedagang berkata, harga minyak mentah naik disebabkan kenyataan Arab Saudi yang memaklumkan pada hari Jumaat bahawa OPEC akan semakin menghampiri untuk melanjutkan pemotongan bekalan minyak.
“Dengan lanjutan pemotongan pengeluaran kini terdengar lebih cenderung daripada tidak, ia harus sangat menyokong harga minyak,” kata Stephen Innes, Pengarah Bersama di Vanguard Markets.
OPEC dan beberapa bukan ahli, termasuk Rusia telah mengurangkan bekalan minyak sejak awal tahun ini untuk menaikkan harga. – MalaysiaGazette