Home Dunia Lagi pasangan lesbian dibaling batu

Lagi pasangan lesbian dibaling batu

Pasangan gay di Notterdam Southampton dibaling batu oleh awam ketika dalam perjalanan ke persembahan LGBT di Kampus NST.

UNITED KINGDOM – Pasangan sejenis diserang oleh orang awam ketika dalam perjalanan untuk membuat persembahan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Lucy Jane Parkinson dan Rebecca Banatvala dibaling dengan batu oleh pemandu kenderaan ketika mereka melintas jalan di Southampton semalam selepas dilihat bercium.

Parkinson tercedera dan jatuh ekoran serangan itu dan sekumpulan pemuda tertawakan mereka.

“Kami hanya dua insan yang menagih kebahagiaan seperti manusia biasa lain.

“Saya tak faham kenapa kami diperlakukan sebegini dan ia menyedarkan kami pentingnya kami membuat persembahan LGBT ini,” keluhnya.

Pasangan perempuan lesbian itu dalam perjalanan untuk membuat persembahan di Teater Kampus NST di Rotterdam ketika insiden itu berlaku.

Persembahan akhir pertunjukan Anugerah Oliver mengisahkan tentang wanita muda lesbian dibatalkan berikutan insiden itu.

Kampung Teater NST menyifatkan serangan itu sebagai jenayah kebencian dan pasangan itu terkejut serta dalam keadaan trauma.

Pengarah NST Sam Hodges dalam twitter berkata:” saya sangat sedih dengan insiden itu yang masih berlaku di mana-mana sedangkan kita berusaha mempromosikan tolak ansur berbudaya, inklusif dan kehormatan sivik.

“Perbuatan dan diskriminasi sebegini hanya memberi kami inspirasi dan semangat untuk meneruskan penceritaan di pentas,” katanya.

Polis sedang menyiasat insiden yang menimpa pasangan gay itu.

“Kami telah menerima laporan polis daripada pihak ketiga berkaitan insiden yang berlaku di Hill Lane, Southampton pada Sabtu 8 Jun lalu.

“Kejadian disiasat polis dan mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan polis tampil membantu.

Minggu lalu, dua pasangan lesbian dipukul sehingga berdarah oleh sekumpulan pemuda lima lelaki dan menyamun di bas dua tingkat di kota London.- MalaysiaGazette