Home Seni Hidup Terlalu aktif, Fasha Sandha keguguran

Terlalu aktif, Fasha Sandha keguguran

Foto Instagram Fasha Sandha.
Foto Instagram Fasha Sandha.

KUALA LUMPUR – Hasrat pelakon popular, Fasha Sandha untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila kandungannya gugur ketika berusia lebih kurang sebulan.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Fasha menerusi Instagramnya sambil memohon maaf kepada suaminya Aidil Aziz serta anak-anaknya Rayfal dan Jemyma.

Fasha mengaku dia terlalu aktif sejak kebelakangan ini, meskipun telah dinasihatkan doktor untuk banyak berehat.

“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju-laju , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu.

“Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik,” katanya.

Fasha juga berharap agar peminat  mendoakan pelakon itu terus kuat semangat.

“Semua peminat saya dengan rasa sedihnya saya memberitahu telah keguguran. Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini,” katanya.

Fasha dan Aidil, 30, bernikah pada 30 Mac lalu. – MalaysiaGazette