Home Ekonomi Harga minyak stabil tapi masih di bawah AS$65 setong

Harga minyak stabil tapi masih di bawah AS$65 setong

minyak

SINGAPURA – Harga minyak dunia stabil hari ini ekoran jangkaan OPEC dan sekutu-sekutunya akan terus mengekalkan pengurangan bekalan bagi menangani kejatuhan harga susulan kelembapan ekonomi yang menyaksikan kejatuhan dalam permintaan.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$62.36 setong, naik AS$0.07 sen berbanding harga penutup hari Jumaat.

Manakala West Texas Intermediate pula diniagakan pada AS$53.42 setong, AS$0.16 lebih tinggi daripada harga penutup.

Harga bahan bakar itu telah jatuh sekitar 1 peratus dalam sesi sebelumnya dan niaga hadapan minyak mentah susut kira-kira 20 peratus daripada kemuncak 2019 pada akhir April lalu berikutan kelembapan ekonomi yang memberi kesan kepada penggunaan minyak.

Isnin lalu, Rusia berkata, ia akan menyokong lanjutan pengurangan bekalan yang dilaksanakan OPEC sejak Januari lalu.

Malah, ia memberi amaran bahawa harga minyak semurah AS$30 setong jika pengeluaran ditingkatkan.

OPEC dan sekutunya akan bertemu pada akhir Jun atau awal Julai depan untuk memutuskan polisi sepanjang tahun ini. – MalaysiaGazette