Home Dunia Ingat tandas, rupa-rupanya pintu keluar kecemasan pesawat

Ingat tandas, rupa-rupanya pintu keluar kecemasan pesawat

Pesawat PIA. foto Agensi

ISLAMABAD – Seorang penumpang yang berada dalam pesawat Pakistan International Airlines (PIA) tersilap buka pintu keluar kecemasan ketika hendak ke tandas.

Ketika kejadian itu pesawat PK-702 hendak berlepas ke Islamabad dari Lapangan Terbang Manchester.

Tetapi akibat kesilapan itu, penerbangan berkenaan tertangguh selama tujuh jam.

Wanita itu berkata, dia beranggapan pintu keluar kecemasan pesawat tersebut adalah tandas, lapor The Express Tribune.

CNN yang memetik kenyataan PIA melaporkan, kesemua 40 penumpang terpaksa dikeluarkan daripada pesawat selepas insiden yang menyebabkan ‘gelongsor terbuka secara automatik’.

Insiden itu sedang disiasat tetapi setakat ini kejadian itu tidak mendatangkan ancaman. – MalaysiaGazette