KAHERAH – Pasukan pertahanan udara Arab Saudi memintas dua dron yang dilancarkan oleh pemberontak Houthi Yaman.
Serangan terbaharu itu mensasarkan kota Khamis Mushait, menurut jurucakap pakatan Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency pada awal hari ini.
Namun, kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut.
Masirah TV yang dikendalikan oleh Houthi melaporkan bahawa pergerakan yang selari dengan Iran itu telah melakukan serangan ke atas pangkalan udara King Khalid berhampiran Khamis Mushait di barat daya Arab Saudi. – MalaysiaGazette