Home Seni Hidup Adik Afdlin Shauki meninggal dunia

Adik Afdlin Shauki meninggal dunia

Jefri Adzman Aksan

KUALA LUMPUR – Selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada Ahad lalu dan tidak sedarkan diri, adik kepada pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki iaitui Jefri Adzman Aksan meninggal dunia hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 48, menerusi laman Instagram miliknya.

Dia memberitahu, Jefri menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.14 petang di Hospital Thomson Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Adik lelaki saya, Jefri Adzman Aksan telah pulang ke Rahmatullah pada hari ini, pukul 5.14 petang tadi.

“Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan roh-roh orang yang beriman,” tulisnya.

Pada masa sama, Afdlin berharap agar sesiapa mengenali adiknya itu memaafkan segala kesilapan yang lalu serta halalkan makan dan minumnya.

“Ya Allah, jagalah mereka, hindarkanlah seksa kubur, elakkan daripada azab api neraka, jauhi fitnah sewaktu hidup dan selepas mati,” tambahnya.

Afdlin juga berharap seandainya Jefri berhutang dengan sesiapa, mereka boleh menghubunginya. – MalaysiaGazette