MILAN – Bekas pengurus Shaktar Donetsk iaitu Paulo Fonseca diumumkan sebagai pengurus baharu Roma dengan kontrak selama dua tahun untuk meninggalkan kelab Ukraine itu.
Pengurus berusia 46 tahun ini akan menggantikan pengurus veteran Itali, Caludio Ranieri.
Fonseca telah mengemudi Shaktar Donetsk selama tiga musim dan kontraknya bersama Roma memberi pilihan kepada beliau untuk kekal di Roma sehingga musim panas 2022.
“Saya amat teruja dan kini amat bermotivasi untuk menghadapi cabaran,” ujar Fonseca di laman Twitter Roma.
Dia pernah melatih Porto dan Braga di Portugal sebelum ini.
Fonseca memenangi kejuaraan liga dan pertandingan piala domestik selain juara berganda sepanjang tempoh tiga tahun beliau di Ukraine dan turut memenangi Piala Super Ukraine pada 2017.
Roma mengakhiri saingan Serie A du tangga keenam pada musim lalu, dan akan beraksi di pertandingan UEFA Europa League pada musim hadapan. – Agensi