RIYADH – Sekurang-kurangnya 26 warga awam cedera dalam serangan peluru berpandu oleh pemberontak Houthi Yaman di sebuah lapangan terbang di barat laut Arab Saudi, kata tentera.
Tiga wanita dan dua kanak-kanak adalah antara mereka yang cedera apabila balai ketibaan di lapangan terbang Abha diserang awal hari ini.
Pemberontak berkata, mereka telah melancarkan peluru berpandu di kemudahan itu.
Arab Saudi mengetuai gabungan negara-negara Arab yang menyokong kerajaan Yaman dalam peperangan selama empat tahun dengan Houthi.
Yaman telah hancur oleh konflik yang memuncak pada bulan Mac 2015, ketika pemberontak merampas kawalan barat dari negara itu dan memaksa Presiden Abdrabbuh Mansour Hadi melarikan diri ke luar negeri.
Jurucakap tentera bersekutu, Kolonel Turki al-Maliki berkata, peluru berpandu tersebut menyerang lapangan terbang itu pada pukul 2.21 pagi.
Lapangan terbang awam itu terletak kira-kira 100 kilometer dari sempadan Yaman dan tindakan tersebut melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan ia boleh mencetuskan jenayah perang.
Maliki berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti jenis peluru yang terlibat, tetapi TV Al-Masirah yang dikendalikan oleh Houthi menyebut jurucakap tentera pemberontak Brigidier Jeneral Yahia Sari sebagai berkata, ia adalah peluru berpandu pelayaran.
“Sistem Amerika Syarikat yang terbaru tidak dapat memintas peluru berpandu ini, yang menyebabkan serangan panik dan ketakutan dalam kalangan musuh dan menyebabkan kekeliruan besar di pihak mereka,” katanya.
Al-Masirah berkata, ia adalah kali kedua Houthi melancarkan peluru berpandu pelayaran.
Yang pertama dilaporkan mensasarkan loji tenaga nuklear yang sedang dibina di Abu Dhabi pada 2017.
Tidak ada laporan mengenai peluru berpandu dilancarkan ke atas negara tersebut pada masa itu. – MalaysiaGazette