Home Ekonomi Boeing 737 MAX dijangka terbang semula Disember ini

Boeing 737 MAX dijangka terbang semula Disember ini

Pesawat Boeing 737 MAX

Pesawat Boeing 737 MAX yang dihalang beroperasi sejak Mac lalu susulan dua insiden kemalangan yang mengorbankan ramai nyawa lima bulan lepas dijangka dibenarkan terbang semula menjelang Disember ini.

Menurut seorang pegawai kanan keselamatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Ali Bahrami kepada Bloomberg, tidak mustahil untuk memberikan tarikh sebenar mengenai perkembangan terkini kerja-kerja membaiki pesawat berkenaan.

Tambahnya, meskipun FAA berada di bawah tekanan kuat pesawat Boeing 737 MAX akan dibenarkan terbang semula “apabila kami percaya ianya selamat”.

Ini katanya, selepas beberapa semakan semula reka bentuk, ujian penerbangan dan perkara-perkara lain diperiksa.

Bahrami yang bercakap dalam satu temubual di sebuah persidangan di Cologne, Jerman bagaimanapun enggan memberikan tarikh muktamad bilakah pesawat berkenaan boleh memulakan operasinya kembali.

Namun begitu, ketika ditanya sama ada pesawat tersebut akan beroperasi semula pada tahun ini atau tahun depan, beliau yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenburg berkata, Boeing 737 MAX dijangka kembali terbang menjelang akhir tahun ini.- Agensi