Home Politik Setiausaha Politik Azmin buat laporan polis

Setiausaha Politik Azmin buat laporan polis

Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham (tengah) hadir membuat laporan polis berhubung video lucah yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2019

PUTRAJAYA – Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi membuat laporan polis berhubung video lucah yang mengaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Muhammad Hilman Idham hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pukul 10.34 pagi.

Beberapa individu dipercayai penyokong Mohamed Azmin turut berkumpul di hadapan IPD Putrajaya sejak pukul 9.15 pagi menunggu kehadiran Muhammad Hilman untuk membuat laporan polis itu.

Muhammad Hilman yang memasuki premis IPD Putrajaya untuk membuat aduan pada pukul 10.38 pagi diiringi beberapa pegawai kerajaan dipercayai dari kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Selepas membuat laporan polis, beliau akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk membuat laporan qazaf berhubung isu video lucah tersebut.

Azmin dalam kenyataan semalam fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah untuk menjatuhkan imej dalam kerjaya politiknya.

Timbalan Presiden PKR itu turut menegaskan beliau akan menggunakan segala saluran undang undang yang ada untuk mengesan dan menangkap individu yang menyerang dengan cara berselindung. – MalaysiaGazette