TOKYO – Harga minyak susut selepas kenaikan ketara dalam sesi sebelumnya selepas dua kapal tangki minyak di Teluk Oman dibedil.
Insiden itu meningkatkan kebimbangan bekalan minyak mentah melalui satu daripada laluan utama perkapalan dunia.
Serangan berhampiran Iran dan Selat Hormuz itu menimbulkan kebimbangan mengenai permintaan global yang telah mengakibatkan ketidaktentuan harga sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kata penganalisis.
Ia kali kedua dalam satu bulan kapal tangki telah diserang di zon paling penting di dunia untuk bekalan minyak, di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran.
Washington dengan pantas menyalahkan Iran atas serangan tersebut tetapi Teheran menafikan tuduhan tersebut.
Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.17 sen, atau 0.3%, kepada AS$ 61.14 setong oleh 0041 GMT. Brent ditutup dengan kenaikan 2.23 peratus pada Khamis, kepada AS$ 61.31, meningkat sebanyak 4.5 peratus.
Manakala West Texas Intermediate pula susut AS$0.39 atau 0.8 peratus kepada AS$51.89 setong. Ia ditutup 2.23 peratus lebih tinggi kepada AS$52.28 setong pada sesi sebelumnya, juga menyaksikan kenaikan 4.5 peratus.
“Gendang peperangan sudah dipalu dan mahu harga aset,” kata penganalisis di McKenna Macro, Greg McKenna.
Ketegangan di Timur Tengah bermula selepas Presiden Donald Trump menarik balik perjanjian nuklear multinasional 2015 dengan Iran.
Susulan itu, Iran melaksanakan semula sekatan dengan mensasarkan eksport Iran. – MalaysiaGazette