AMERIKA SYARIKAT – Kemunculan makhluk misteri menyerupai Dobby Elf di sebuah kawasan perumahan di Colorado Springs Home mencetuskan panik kepada penduduk.
Kehadiran figura makhluk itu dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular dalam laman sosial.
Rakaman itu disyaki di luar kediaman seorang penghuni wanita di perumahan itu mula dikaji oleh pelbagai pihak bagi mengesahkan kesahihannya.
Vivian Gomez, ibu kepada anak lelaki berusia sembilan tahun mendakwa dia kaku apabila rakaman CCTV itu.
Mahkluk itu kelihatan seperti watak Dobby The Elf (gambar bawah) dalam filem sekuel Harry Potter.
Gomez memuat naik rakaman melibatkan mahkluk pelik itu dalam twitternya dan mendakwa makhluk itu berkeliaran di waktu malam, berhenti di hadapan kereta dan menari.
Beliau juga berkongsi klip rakaman CCTV itu dalam Facebook dan menulis :”Pertama sekali saya melihat bayang bayang manusia jalan di hadapan pintu rumah saya sebelum saya lihat makhluk itu. Ada tak sesiapa melihat makhluk ini dalam CCTV kediaman anda”.
Bagaimanapun pakar berkata, rakaman itu tidak disiasat sepenuhnya dan mungkin dilakukan melalui penipuan komputer.
Ini kerana menurut Gomez, imej makhluk itu hanya ditemui dalam rakaman CCTV pertama dan ia tidak ada dalam dua CCTV lagi.
Dalam temubual kepada sebuah agensi berita tempatan, Gomez mengaku anak lelakinya bernama Bobby juga suka membuat lawak dan suka menari.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada itu mungkin anak lelakinya, Gomez menafikannya sambil menjelaskan dia tidak pernah sesekali membenarkan anaknya keluar seorang diri di waktu malam.
Video yan dikongsi Vivian Gomez dalam Facebook mendapat 14,168,094 tontonan.
Apa jua penjelasan yang timbul ekoran penularan video itu, majoriti peminat Harry Pottter meraikan kemungkinan kepulangan Dobby memandangkan karakter yang digemari ramai mati mengejut dalam sekuel keenamnya filem berkenaan, Deathly Hallows.- MalaysiaGazette
So I woke up Sunday morning and saw this on my camera and am trying to figure out…what the heck?? First I saw the shadow walking from my front door then I saw this thing….has anyone else seen this on their cameras?? The other two cameras didn’t pick it up for some reason.
Posted by Vivian Gomez on Khamis, 6 Jun 2019