KUALA LUMPUR – Kadar penyertaan tenaga buruh pada April 2019 kekal 68.5 peratus sejak Februari 2019, namun meningkat 0.3 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas (April 2018: 68.2%).
Bilangan tenaga buruh pada bulan ini naik 2 peratus berbanding April 2018 kepada 15.61 juta orang.
Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 1.9 peratus kepada 15.09 juta orang, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Manakala kadar pengangguran pada April 2019 kekal 3.4 peratus bagi dua bulan berturut-turut.
“Pada bulan ini, bilangan penganggur adalah seramai 523.3 ribu orang, naik 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette