KUALA LUMPUR – Selepas memohon maaf kepada sahabat baiknya yang juga pelakon Datin Umie aida, pelakon Erra Fazira mengambil keputusan menutup ruangan komen Instagram (IG) miliknya.
Tindakan itu dibuat katanya untuk mencari ketenangan dan mengundang lagi perbalahan.
“Maaf ya semua, post saya buat masa ini, ruangan comment saya off dulu untuk mencari ruang bertenang bagi mengelakkan perbincangan yang mengundang perbalahan,” katanya melalui kiriman di Instagram.
Semalam, Erra memohon maaf kepada Umie menerusi ruangan Story Instagramnya.
Primadona filem Malaysia itu mengakui kesilapannya dan memohon maaf kerana mengecewakan kawan baiknya itu buat kali ketiga.
“Kepada semua, saya mohon maaf di atas segala apa yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Umie Aida.
“Umie Aida pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ketiga,” katanya. – MalaysiaGazette