Home Utama Kalau ada nilai diri, Azmin kena bercuti – Tok Mad

Kalau ada nilai diri, Azmin kena bercuti – Tok Mad

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Telapak Ibunda, Rantau, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM, 15 JUN 2019.

RANTAU – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan penularan video intim sejenis harus mengambil pendirian yang betul mengenai isu berkenaan.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Azmin seharusnya tahu tindakan yang perlu dilakukan sekiranya ada nilai diri.

“Ini adalah mengenai moral, kalau dia ada perkara itu dia harus tahu apa yang patut dilakukan,” katanya di Majis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil di Kampung Tanjung dekat sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas mengenai gesaan beberapa pihak antaranya Badan Bukan Kerajaan (NGO) Otai Reformasi semalam yang menggesa Putrajaya merehatkan Mohamed Azmin daripada tugasnya sebagai menteri susulan kontroversi kes video lucah.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, pembangkang tidak boleh mendesak Mohamed Azmin supaya berehat kerana perkara itu hanya boleh dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Kita bukan kerajaan untuk paksa dia bercuti. Yang boleh mengambil tindakan terhadap beliau adalah kerajaan kerana dia adalah anggota kabinet.

“Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) individu yang boleh putuskan berkenaan kedudukan beliau di kabinet. Kita boleh bagi pandangan dan pandangan saya kalau ada nilai moral dan diri, beliau perlu ambil keputusan yang tepat untuk mengatasi masalah ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, desakan untuk Mohamed Azmin bercuti tidak akan memberi kesan positif kepada kepimpinan parti dan negara.

Malah menurut Anwar, tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Apa nak senset / tapis Komen !!
    Perbuatan buat video jijik jantan ngan jantan lagi jijik persis binatang !!
    Kerja terlarang puak nabi Lut !! Semoga dilaknat Allah !!
    Kami tak boleh sekongkol walau siapa dwe aktor dlm filem jijik tu. Yg pasti BUKAN EDIT !!

Comments are closed.