HONG KONG – Ratusan ribu penduduk bandar ini dijangka melakukan protes hari ini, menuntut pemimpinnya lepaskan jawatan, selepas sehari
ketua pegawai eksekutifnya, Carrie Lam menangguhkan pembentangan rang undang-undang ekstradisi ke China.
Penangguhan itu susulan tunjuk perasan paling ganas sedang melanda Hong Kong.
Penganjur tunjuk perasaan itu berharap lebih sejuta penduduk ‘turun di jalan raya’ – angka sama yang disasarkan seperti demonstrasi yang menentang rang undang-undang tersebut pada Ahad lalu.
Protes yang bertukar menjadi keganasan itu berlaku pada hari Rabu selepas polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata telah mendapat liputan meluas media dunia.
Keganasan itu mendorong beberapa bank menutup cawangannya.
Malah, beberapa taikun Hong Kong mula memindahkan kekayaan masing-masing di luar pesisir kerana bimbang dengan cadangan rang undang-undang itu, yang mana ia dijangka menjejaskan status bandar antarabangsa itu.
Sistem perundangan bebas di bandar ini dijamin di bawah undang-undang yang mengawal Hong Kong kembali dari British kepada pemerintahan China 22 tahun yang lalu – dilihat oleh masyarakat perniagaan dan diplomatik sebagai asetnya yang masih kekal di tengah-tengah pencerobohan dari Beijing.
Hong Kong telah ditadbir di bawah “satu negara, dua sistem” formula sejak kembali ke Beijing, membenarkan kebebasan tidak dinikmati di tanah besar China tetapi tidak sepenuhnya demokratik.
Banyak pihak yang menuduh Beijing melakukan campur tangan yang luas sejak itu, termasuk halangan pembaharuan demokratik, campur tangan dengan pilihan raya dan dalang kehilangan lima penjual buku yang berpangkalan di Hong Kong, bermula pada tahun 2015, yang kritikal terhadap pemimpin China.
Demonstrasi hari ini tercetus apabila sebahagian pembangkang berpendapat, penangguhan rang undang-undang ekstradisi tidak mencukupi dan ia perlu dibatalkan dan Lam sepatutnya melepaskan jawatannya. – MalaysiaGazette