KOTA KINABALU – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Seri berkata, tidak sukar untuk mendapatkan nombor telefon pegawai-pegawai parti dan menafikan penglibatan kepimpinan utama PKR dalam pengedaran video seks.
Setiausaha Agung PKR itu menjawab gesaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya lembaga disiplin parti itu menyiasat bagaimana mereka yang terlibat menyebarkan video berkenaan mendapat akses kepada nombor-nombor telefon pegawai PKR.
“Data-data ini (nombor telefon) tidak begitu sukar untuk mendapatkan, ia bukan satu rahsia untuk dimiliki oleh mana-mana pihak, namun sebagai setiausaha agung dan ketua pentadbiran di pejabat tidaklah menjadi kerja buat kami untuk menghebahkan maklumat parti kepada mana-mana pihak, kata nya pada majlis Hari Raya.
Semasa pemilihan parti lalu, semua butiran itu adalah prasyarat kepada semua ahli, tambahnya.
“Kesemua mereka yang terlibat telah membuat laporan polis, jadi lebih baik serahkan kes kepada polis supaya ada kejelasan,” kata Saifuddin seperti yang dipetik dari The Star Online.
Malah, Saifuddin menegaskan adalah tidak benar penyebaran video berkenaan dilakukan oleh kepimpinan pusat.
Beliau meminta Azmin agar cekal menghadapi saat-saat sukar ini kerana PKR menentang politik keji.
Katanya, parti itu telah pun memanggil mesyuarat biro politik dengan segera susulan penyebaran video berkenaan awal minggu lalu dan bersetuju polis melakukan siasatan. – MalaysiaGazette