Home Nasional Dr Raha dilantik Naib Canselor UTeM

Dr Raha dilantik Naib Canselor UTeM

Prof Dr Raha Abdul Rahim

KUALA LUMPUR – Prof. Dr. Raha Abdul Rahim dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baharu berkuat kuasa mulai 16 Jun 2019 hingga 15 Jun 2022.

Pelantikan ini meletakkan beliau sebagai wanita pertama yang menerajui teraju kepimpinan UTeM sekaligus dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia.

Antaranya adalah sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) sejak bulan April 2014 dan jawatan-jawatan sebelumnya di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dr. Raha dilahirkan pada 5 Mei 1963 dan berasal dari Muar, Johor mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Mikrobiologi dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Seterusnya pada tahun 1990, beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana di universiti yang sama dan memperoleh Ijazah Kedoktoran pula pada tahun 1995 dari Strathclyde University, United Kingdom.

Selain daripada jawatan pengarah di Jabatan Pendidikan Tinggi, beliau juga pernah menyandang jawatan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM.

Beliau telah terlibat aktif dalam penulisan lebih 130 jurnal akademik, pelbagai konferens dan seminar serta aktiviti konsultansi bagi beberapa Agensi Kerajaan dan Industri Bioteknologi.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau merupakan ahli American Society for Microbiology dan Ketua Setiausaha Asian Federation of Societies for Lactic Acid Bacteria.

Beliau turut mempunyai hubungan baik dan jaringan kolaborasi yang luas di peringkat nasional dan antarabangsa sehingga berjaya membawa pelbagai geran projek penyelidikan semasa berkhidmat di UPM.

Susulan daripada sumbangan kepada universiti, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM pada tahun 2009, 2005, 2004
dan 2002, Anugerah Penyelidik Cemerlang, Institut Biosains UPM padatahun 2007 serta turut meraih pelbagai Pingat pencapaian bagi projek-projek Mikrobiologi dan Biologi Molekul.

Pelantikan beliau adalah menggantikan Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib yang telah tamat tempoh lantikannya yang bermula dari 16 Jun 2014 sehingga 15 Jun 2019. – MalaysiaGazette