BEIJING – Huawei Technologies Co Ltd sudah bersedia untuk menghadapi penurunan penghantaran antarabangsa bagi telefon pintar antara 40 hingga 60 peratus.
Syarikat tekonologi China itu sedang melihat pelbagai pilihan termasuk memasarkan model terbaharunya, Honor 20, menurut laporan Bloomberg.
Model terbaharu itu akan mula di jual di Eropah termasuk Britain dan Perancis pada 21 Jun ini.
Namun, jika jualannya lemah, Huawei akan mengurangkan penghantarannya.
Pengurusan pemasaran dan jualan Huawei menjangkakan penurunan dalam volum telefon pintar di mana-mana antara 40 juta hingga 60 juta pada tahun ini.
Untuk menangani penurunan tersebut, Huawei mensasarkan separuh dalam pasaran telefon pintar di China pada tahun ini.
Kerajaan Amerika Syarikat telah meletakkan Huawei dalam senarai hitam dagangan pada bulan Mei lalu dan menghalang pembekal-pembekal di negara tersebut melakukan perniagaan dengan syarikat telekomunikasi itu atas sebab-sebab keselamatan.
Pada masa ini, Pengasas dan Ketua Eksekutif Huawei, Ren Zhengfei berkata, peraturan itu akan menyebabkan pertumbuhan syarikatnya sedikit perlahan.
Tindakan sama pernah dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap ZTE Corp, yang merupakan pesaing Huawei pada awal tahun lalu tetapi larangan itu telah ditarik balik. – MalaysiaGazette