Home Dunia Zanganeh masih kekal sebagai Menteri Minyak Iran

Zanganeh masih kekal sebagai Menteri Minyak Iran

Bijan Zanganeh. foto Reuters

GENEVA – Kerajaan Iran tidak berhasrat untuk memecat menteri minyaknya, Bijan Zanganeh, menurut laporan agensi berita ISNA.

Bulan lalu, seorang pembuat dasar undang-undang Iran mengumpulkan tanda tangan di Parlimen untuk mendapatkan sokongan usul pemecatan Zanganeh.

Ini kerana, Zanganeh didakwa gagal menangani tindakan sekatan jualan minyak oleh Amerika Syarikat.

Hedayatollah Khademi berkata, beliau memerlukan tanda tangan yang cukup untuk melaksanakannya.

Cubaan seumpama itu pernah dilakukan beberapa tahun lalu tetapi gagal.

“Tiada perubahan dalam kerajaan. Zanganeh sentiasa aktif dan merupakan salah satu menteri-menteri utama kerajaan.

“Nama Zanganeh ini sentiasa disebut bagi tujuan pemecatan tetapi saya berharap Zanganeh terus memainkan peranan beliau dalam kerajaan. Peranan Zanganeh pada masa ini penting dan Ahli Parlimen perlu membantu,” kata jurucakap kerajaan, Ali Rabiei. – MalaysiaGazette