DUBAI – Amerika Syarikat berkata, penghantaran kira-kira 1,000 tentera lagi ke Timur Tengah bagi tujuan pertahanan kerana bimbang ancaman dari Iran.
Pemangku Setiausaha Pertahanannya, Patrick Shanahan berkata, serangan baru-baru ini telah mengancam Amerika Syarikat dan kepentingannya di seluruh rantau itu.
“Serangan oleh Iran baru-baru ini membuktikan tingkah laku bermusuhan oleh pasukan Iran dan kumpulan proksi mereka yang mengancam kakitangan Amerika Syarikat dan kepentingan di seluruh rantau ini,” kata Shanahan dalam satu kenyataan.
Kebimbangan konfrontasi antara Iran dan Amerika Syarikat semakin meningkat sejak Khamis lepas apabila dua kapal tangki minyak diserang, lebih setahun selepas Presiden Donald Trump mengumumkan penarikan diri Washington daripada perjanjian nuklear 2015. – MalaysiaGazette