Home Dunia Bekas presiden Mesir Mohamed Morsi meninggal dunia

Bekas presiden Mesir Mohamed Morsi meninggal dunia

Mohamed Morsi
Mohamed Morsi

KAHERAH – Bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu.

Morsi dipilih secara demokratik pada 2012 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.

Morsi, 67, hanya sempat berkhidmat selama setahun, sementara organisasi yang dimiliki beliau, Ikhwanul Muslimin, telah diharamkan.

Pada 2018, tiga ahli parlimen British melaporkan bahawa Morsi dikurung bersendirian selama 23 jam sehari, dan hanya dibenarkan bersenam selama satu jam.

Cara Morsi dikurung diklasifikasikan sebagai penyeksaan dan boleh membawa kematian.

Morsi yang mempunyai masalah kesihatan termasuk kencing manis serta penyakit hati dan buah pinggang juga dilaporkan tidak menerima rawatan perubatan yang diperlukan. –  MalaysiaGazette