KUALA LUMPUR – Pelakon Serina Redzuawan memohon doa peminat agar dia istiqomah selepas mengumumkan dirinya sudah berhijab sepenuh semalam.
Menerusi laman Instagram miliknya, Serina, 36, berkata dia membuat keputusan untuk bertudung sempena mengambil keberkatan Syawal ketika ini.
“Alhamdulillah..sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ni nak umumkan i dah berhijab sepenuhnya, memang bukan mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan & Guru untuk beri tunjuk ajar, serta semangat & dorongan dari Keluarga & Sahabat tersayang.
“Terima Kasih kepada @ustazahasmaharun.official kerana banyak memberi Inspirasi & ilmu. Doakan Serina Istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna,” tulisnya.
Anak kepada cef selebriti, Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu merupakan ibu tunggal kepada Tristan Tareef O’luanaigh, 8, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 7.
Dia juga aktif menceburi dunia perniagaan. – MalaysiaGazette