BAITULMAQDIS – Masjid Al-Aqsa mengadakan solat jenazah ghaib untuk Mohammed Morsi yang meninggal dunia semasa hadir pada perbicaraan di mahkamah.
Solat itu diadakan selepas Isyak.
Sementara itu, pergerakan Hamas berkata, keberanian Morsi tidak akan dilupakan.
Dalam kenyataan itu, Hamas turut mengucapkan terima kasih kepada Morsi atas sokongannya dan memahami pendiriannya terhadap Semenanjung Gaza.
Israel dan Mesir mengenakan sekatan ke atas wilayah Palestin selepas Hamas mengambil alih kawalan pada tahun 2007.
Semasa pemerintahan Morsi, Kaherah mengurangkan peraturan perjalanan dan perdagangan ke atas Palestin dengan ketara.
Manakala Pengarah Hubungan Agama Turki turut mengumumkan solat jenazah ghaib diadakan di seluruh masjid di negara itu sebagai penghormatan kepada Morsi dan perjuangannya.
Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir pada tahun 2012 tetapi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera setahun kemudian.
Tentera telah menghancurkan pergerakan Ikhwanul Muslimin dalam tindakan keras termasuk menangkap Morsi dan banyak lagi pemimpin-pemimpin kumpulan dipenjarakan dan dikenakan pelbagai pertuduhan sejak rampasan kuasa. – MalaysiaGazette