KUALA LUMPUR – “Apa sudah jadi?”
Itu soal Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar ekoran dakwaan kenaikan melampau harga simen sehingga 50 peratus di pasaran sekarang.
Beliau juga menimbulkan kebimbangan sama ada kenaikan itu menyebabkan harga rumah naik atau pemaju akan mengalami kerugian.
“Saya masih ingat semasa pemansuhan GST, menteri KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) ada menjawab soalan saya mengatakan harga rumah akan turun selepas bahan binaan tidak lagi dikenakan GST.
“Begitu juga Menteri Kewangan ada menyebut perkara yang sama di Parlimen,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.
Justeru, menurut Noh, apa yang berlaku sekarang menjadi bukti kerajaan PH menggunakan isu GST hanya sebagai modal politik mereka.- MalaysiaGazette