Home Nasional Prosiding SRC: Peguam tangguh soal Mazidah

Prosiding SRC: Peguam tangguh soal Mazidah

Barisan peguam bela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah) keluar dari mahkamah Sesyen Jenayah menuju ke Mahkamah Tinggi Jenayah selepas mendengar pengakuan bekas perdana menteri di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. fotp SYAFIQ AMBAK, 04 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Sesi pemeriksaan balas terhadap bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Tan Sri Mazidah Abdul Majid yang sepatutnya bersambung pagi ini ditangguhkan esok.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali setelah mempertimbangkan permohonan ketua peguam bela bekas perdana menteri untuk meneliti dua dokumen baharu.

Menurut Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dokumen-dokumen itu berhubung mesyuarat Kabinet yang pernah dipengerusikan Datuk Seti Najib Razak dan telah dinyahsulitkan daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mazidah merupakan saksi ke-40 yang baharu sahaja mula memberi keterangan pada sesi petang perbicaraan semalam.

Pihak pendakwaan kemudiannya memanggil saksi ke-41,, Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Afidah Azwa Abdul Aziz.

Semalam, Mazidah mendedahkan bahawa menteri-menteri Kabinet tidak terlibat dalam perbincangan sebelum meluluskan resolusi untuk memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman SRC International Sdn Bhd.- MalaysiaGazette