KUALA LUMPUR- Haziq Abdullah Abdul Aziz dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama berkuatkuasa 18 Jun lepas.
Kementerian Industri Utama dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil susulan pengakuan melakukan seks songsang yang telah dibuat oleh Haziq menerusi laman Facebooknya pada 12 Jun lalu.
“Kementerian melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang melanggar nilai, etika, perlakuan dan Peraturan Pegawai Kerajaan.
“Dengan itu, kementerian telah mengeluarkan sepucuk surat tunjuk sebab yang mana telah dibalas olehnya.
“Kementerian ingin menegaskan, ia tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kakitangan yang melakukan skandal haram dan memalukan itu.
“Kementerian dengan ini mengumumkan tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan Haziq Abdullah lagi,” katanya.
Haziq menerusi laman Facebooknya baru-baru ini mengakui telah melakukan seks songsang dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali seperti yang dirakan dalam video-video tular itu.
Azmin bagaimanapun menafikan beliau terlibat dengan skandal tersebut.
Haziq kemudiannya ditahan polis di klia2 sebelum dibebaskan keesokan harinya dengan jaminan polis.- MalaysiaGazette
Artikel berkaitan: