CHRISTCHURCH – Kerajaan New Zealand melancarkan skim pembelian balik senjata separa automatik yang penggunaannya kini dilarang selepas berlaku serangan maut di dua masjid di selatan bandar Christchurch.
Skim itu membabitkan nilai berjuta-juta dolar.
Menteri Kewangan, Grant Robertson dan Menteri Polis, Stuart Nashdalam satu kenyataan bersama berkata, negara itu memperuntukan sebanyak NZ $ 208 juta (AS$135.97 juta) untuk bayaran pampasan kepada pemilik senjata api semi-automatik yang diharamkan sehingga 95 peratus daripada kos asal.
Pemilik senjata itu diberi masa sehingga 20 Disember untuk menyerahkan senjata mereka.
“Polis mempunyai rancangan terperinci untuk langkah seterusnya untuk mendapatkan senjata-senjata berkenaan daripada pemiliknya. Ia akan menjadi proses yang besar dan dijangka dimulakan pada pertengahan bulan Julai,” katanya.
Parlimen New Zealand meluluskan undang-undang pembaharuan senjata – perubahan pertama kepada undang-undang senjata negara dalam dekad selepas mendapati undi besar pada April lalu.
Pindaan undang-undang itu dibuat kurang dari sebulan selepas berlaku serangan di dua masjid yang mengorbankan 51 orang penduduk Islam yang sedang menunaikan solat.
Polis menganggarkan sebanyak 14,300 pistol separuh automatik gaya tentera akan diperoleh, meskipun kerajaan berkata sukar untuk menjangkakan jumlah sebenar.
Hampir 700 senjata sudah diserahkan sebelum skim berkenaan dibuat dan hampir 5,000 senjata berkenaan didaftarkan oleh pemiliknya sementara menunggu diserahkan semula kepada polis.
Kerajaan New Zealand juga telah memulakan pindaan berhubung senjata kedua dengan menangani isu-isu berkaitan pendaftaran senjata.
Pengumuman perkara itu, kata Perdana Menterinya, Jacinda Ardern akan diumumkan oleh pada minggu depan.
Dengan populasi hampir 5 juta, penduduk New Zealand dianggarkan memiliki 1.5 juta senjata, menjadikan ia negara ke-17 tertinggi dalam pemilikan senjata di dunia, menurut Small Arms Survey. – MalaysiaGazette