Home Dunia Pesawat Malindo Air ke KL terbabas dari landasan di Bandung

Pesawat Malindo Air ke KL terbabas dari landasan di Bandung

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Malindo Air terbabas daripada landasan sebelum berlepas pada 3.25 petang (waktu Malaysia) hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia.

Pesawat bagi penerbangan ke Kuala Lumpur itu membawa 114 penumpang serta lapan anak kapal.

Kesemua penumpang selamat dipindahkan.Pengaturan telah dilaksanakan untuk penumpang meneruskan perjalanan mereka, menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

“Malindo Air ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menekankan bahawa aspek keselamatan menjadi keutamaan kami,” kata syarikat itu.

Syarikat penerbangan tersebut akan memaklumkan perkembangan seterusnya menerusi laman web di www.malindoair.com dan Facebook di facebook.com/MalindoAirMalaysia.- BERNAMA