Home Nasional Sudah 10 hari penyebaran video lucah, SKMM buat apa?

Sudah 10 hari penyebaran video lucah, SKMM buat apa?

Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard
Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) didakwa gagal bertindak ke atas penyebaran video lucah yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meskipun sudah 10 hari berlalu.

Isu ini sudah menjadi serius kerana melibatkan urusan kerajaan memerintah maka ia menjadi isu keselamatan negara.

Lantaran itu, SKMM yang berada di bawah tanggungjawab Gobind Singh Deo selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia perlu bertindak segera.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengesyaki rakaman fitnah ini dilakukan oleh orang dalam kerana ia dilakukan oleh pihak yang punya akses terhadap pengkalan data.

Beberapa kumpulan WhatsApp dibuka oleh nombor tidak dikenali kemudian dimasukkan bahan fitnah untuk edaran.

“Jelas ia sangat terancang, contohnya salah satu kumpulan WhatsApp bukan sahaja mencapai nombor semasa Ahli Parlimen, malah nombor pegawai khas ahli parlimen yang didaftarkan kepada ketua-ketua backbenchers.

“Ini menimbulkan syak kuat seseorang musuh dalaman sedang menjadi dalang,” katanya yang lebih dikenali sebagai CheguBard.

Beliau turut mengesyaki dalang yang melakukan jenayah ini menggunakan talian prabayar tetapi di Malaysia wajib penjual sim kad prabayar mendaftarkan maklumat pembeli atau pengguna dengan menggunakan kad pengenalan.

Menurutnya, jika pendaftaran maklumat itu dipalsukan maka sewajarnya SKMM boleh mengesan melalui pangkalan data syarikat telekomunikasi (penyedia rangkaian perkhidmatan) untuk mengenal pasti siapa yang menjual kad tersebut.

CheguBard menambah, selepas 10 hari SKMM sepatutnya sudah boleh mengenal pasti lokasi serta IP peranti yang digunakan.

“Menjadi persoalan dalam masa 10 hari ini apa yang SKMM lakukan? Atau tidak berbuat apa-apa?

“Ingatlah dalam era malaysia baru yang dibina bukan dengan mudah telah menjadi harapan besar rakyat. Dalam keadaan rakyat sedang berharap dan sedikit mula kecewa sana kerana harapan tidak dipenuhi, kini disajikan pula dengan permainan fitnah politik jahat dan jijik video lucah dan sebagainya.

“Kasihanilah rakyat…. Kasihanilah rakyat… Rakyat memilih ahli politik memerintah negara untuk masalah mereka dibincangkan dengan ahli politik. Tetapi kini sebaliknya, rakyat pula terpaksa bincangkan masalah ahli politik,” ujarnya. – MalaysiaGazette