Home Nasional Harga RON97 turun 3 sen, RM2.38 seliter

Harga RON97 turun 3 sen, RM2.38 seliter

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.38 seliter daripada RM2.41 seliter, berkuatkuasa tengah malam ini.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter manakala harga runcit diesel turut kekal pada RM2.18 seliter untuk tempoh antara 22 Jun hingga 28 Jun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penurunan harga itu kerana harga produk petroleum yang diproses (refined product) di
pasaran dunia telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel
bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.08 seliter (bersamaan dengan had penetapan harga runcit yang telah ditetapkan oleh Kerajaan) dan RM2.19 seliter masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Namun, tambah beliau, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. – MalaysiaGazette