TOKYO – Harga minyak dunia terus meningkat dalam dagangan hari ini dengan Brent semakin hampir mengaut keuntungan mingguan pertamanya dalam tempoh lima minggu susulan ketegangan di Timur Tengah selepas Iran menembak jatuh dron milik tentera Amerika Syarikat (AS).
Selain itu, kenaikan tersebut didorong dengan penurunan kadar faedah AS. yang dapat merangsang pertumbuhan global.
Minyak mentah Brent naik AS$0.39 sen, atau 0.6%, pada AS$ 64.84 setong pada 0034 GMT.
Penanda aras minyak global ini naik 4.3% pada Khamis dan semakin menghampiri keuntungan mingguan lebih daripada 4% selepas empat minggu penurunan.
Minyak mentah West Texas Intermediate AS. naik AS$0. 32 sen, atau 0.6%, pada $ 57.39 setong selepas naik 5.4% pada hari Khamis dan berada di landasan untuk peningkatan hampir 10% minggu ini. – MalaysiaGazette